Kekasih konon [Part 1]

09.45 pagi

"Ok awak semua try buat soalan seterusnya,yang buat je boleh minta skema jawapan dari saya".luah Puan Nurul. 

"Ah,kisah pulak aku...aku dah la ngantuk nak mampus,cepatlah blah.."desus hati.15 minit lagi waktu rehat pagi bermula.Satu kelas gelisah memikirkan apa nak dimakan ek pagi ni.Milo ais dengan Nasi Lemak singgit Makngah dah bermain difikiran.

Aku tercari-cari kat mana dia."Hai, cepatnyalah dia gerak pegi kantin,bukan nak tunggu aku".Perasantan.Aku abaikan sebentar mainan hati.Ya dialah salah sorangnya yang buat aku sering kali tak senang duduk bila berhadapannya.Kononnya jatuh hati.Tapi ego aku memang tak nak kalah...

Selesai sarapan aku berlari-lari anak kembali ke kelas.Mak aihh berpeluh..Sekali tengok cikgu belum lagi sampai.Dengan perasaan hampa,aku mengibas-ngibas kain tudung kerna kepanasan.Aku ajak Farah menemani aku ke tandas. "Farah,jom tandas?" "Jom!" balas Farah.Lantas kami mengatur langkah.

....Zupppppppppppppppp!! Darah berderau naik ke kepala.Jantung berdegup pantas.Mata terbuntang luas melihat kekasih hati dan kekasih gelap,dan semua istilah perasantan yang ada."Alamak!Apa pulak mamat ni buat kat sini,takda tempat lain ke dia nak pergi.Ish mana pulak si Farah ni berak ke apa?"aku dah tak senang duduk.Lantas terus memalingkan muka ke arah bertentangan si dia.

"Wey Mira!!!" Jerit Khairul. "Dah kenapa pulak mamat ni panggil aku,aku ni mana boleh tengok mamat hensem ni kang aku pengsan cemana?" jerit suara hati Mira.Aku gagahkan diri untuk berpaling dan membiarkan riak mukaku penuh tanda tanya. "Hah apasal kau panggil aku,dah tak reti masuk kelas?" "Kau tu buat apa,tercongok depan tandas..nak tolong cuci toilet tu cakap jelah" soalan dibalas soalan.Masing-masing tersengih.

"Aku tunggu Farah ni hah apahal lama sangat tah kat dalam tandas tu." Lantas Khairul bersuara, "Nanti kau tolong bagitau cikgu tau yang aku sakit kaki.Aku kena balik aku tak sempat jumpa cikgu,mak aku dah tunggu kat luar pagar tu aku gerak dulu eh?" Aku mengangguk tanda faham..Ok dia dah balik.Farah keluar dari tandas dan sempat melihat Khairul berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Eh Khairul nak pegi mana dengan beg bagai?"...

Bersambung.....

2 comments:

  1. Relax dulu tak final lagi ni hehehe.lepas final sambung balik. :D

    ReplyDelete