Kita duduk dibumi Allah.

Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
  3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
  4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
  5. Sekiranya malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka , maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian , maka dipersilakan untuk melakukan maksiat."

No comments:

Post a Comment