Musim cinta.

Takda topik lain agaknya.Balik-balik cinta.
Perempuan.....

Sebelum apa-apa sedikit reminder untuk diri ada sekilo lagi report praktikal tak buat aku boleh selamba muka 5 sen update blog cerita pasal cinta pulak tu. Whateshameee.

Sempena baucer buku 250 yang dulu katanya nak 300 tapi entah mungkin sebab yang terlalu munasabah untuk tidak dinaikkan aku masih disini bersyukur. Yay dapat. Hambar.

I bought few books yang konon nak mengisi masa lapang atau lebih appropriatenya kita sebut untuk menambah ilmu pengetahuan aku belilah..that was exactly the reason why I'm writing this.Chill bro baca lu.

So buku-buku yang aku dah jatuh hati adalah absolutely bukan novel Love You Mr Arrogant/The Wedding Breaker dan sebagainya. Jenis aku memang suka baca novel santai realistik dan seronok. Wajib macam tu. One of my favorites author is Ramlee Awang Murshid. Kau tak caye kau baca Ungu Karmila seramshit.

Tapi kali ni aku beli buku yang betul santai. Penulisnya pun ramai. So aku selam satu-satu cerita diorang. Memang seronok. They wrote based on their experiences. Paling aku tertarik "Underground Relationship" dimana situasi sebenar cerita tu memang aku pernah tengok. Tu aku cakap buku ni realiti. Dia takda cerita pasal mak bapak kaya anak CEO isteri gadis kampung. Takda...

Lupa nak cakap..tajuk buku tu Konotasi Rasa...jangan lupa baca. Buku ilmiah pun jangan lupa baca. Itu sampai ke syurga. Yang ni nak suka-suka boleh la cerita.




Tazkirah pada hari ini.

Hai.

Aku tak nak la cerita pasal Pru13 sebab aku rasa nak marah je.Kalau aku kerbau aku dah tanduk Najib dan geng bas sekolahnya.Apesal Najib?Think about it people.Celiklah.Aku pakai spek ni pun dah celik sikit-sikit sebab aku ada internet.Sumber aku banyak.Takdalah asik Berita Harian,Utusan lepehtu Berita tv3 tu.So itulah dia aku dah tercerita sikit pasal benda ni.

Habis muqaddimah.
Sekarang tak payah cerita la blog aku sendiri pun aku dah geli bila baca balik tapi life must goes on.So aku buat-buat la tak nampak.Apa aku nampak header aku tu dah berkurun tak tak tukar.Geli-geli je tengok.Malas nak edit berjam-jam semata-mata nak tukar header yg konon kreatif habis.Seperti yg diketahui aku tengah seronok bercuti semester dekat dua bulan.Lagi dua minggu dah nak masuk balik.

So far aku masih boleh bawak lagi subjek subjek course aku cuma tang projek,kerjasama antara kumpulan tu confirmlah takda.Ternyata aku bossy kat situ.I couldn't handled that.Aku memang macam tu.Nampak gaya macam takda sapa nak lead aku pun rasa macam takkan nak biar je.Konon pikul tanggungjawab.Wah bajetnyeww.Habis semua aku sound.

Macam biasa lunch aku carik asam pedas,ambik bendi.Wajib.Kalau takda memang rasa nak nangislah.Lepastu nasik putih kasih penuh.Balik kelas petang makan balik.Lepastu pikir...pikir...pikir.....bila nak balik.I miss home a lot.It has been a year but I still cant cope myself with the environment.Boleh la sikit sikit.Tap soul aku tu kat rumah,can you feel me?Yeah baby dekat Nilai je pun.Rumah dekat Kajang Wuuuuu bunyik macam study kt England en.

Dua tahun lagi..dua tahun je lagi.Ni namanya semangat nak cepat habis.Ok.Kira cuti,countdown berapa hari lagi nak habis exam tu kira normal la.Aku tak suka sangat study sebenarnya tapi kerja kenalah buat jugak.Give up haunts me almost everyday,telling me not to do this to do that.Kau tau payah sebenarnya nak hidup.Nak lawan hawa nafsu.Nak kekal dengan perubahan.Susah...Nak dapat boyfriend belanja makan hari-hari pun haish lagilah impossible.

Macam tulah ceritanya.Lecturer-lecturer semua Alhamdulillah sangat menyeronokkan.Kengkawan tu boleh la.Asal aku cerita macam aku baru  menjejaki ke alam pengajian tinggi ni..Haduh..Takda apa yg menyeronokkan disana melainkan gossips dengan classmates.Ha tu hobi,tanpamu aku mati...Kiranya aktiviti utama aku disana bergosipla selain basuh kain.Itu pun pakai mesin.Tak mencabar.Balik tiap minggu.So memang manja habis..

Jadi sampai disini kata-kata beta,Barangkali jika beta rajin seperti ini akan beta sambung Part seterusnya.Tengah takda idea nak sambung Kekasih Konon aku tu.Ish nyampah.

Kekasih konon [Part 1]

09.45 pagi

"Ok awak semua try buat soalan seterusnya,yang buat je boleh minta skema jawapan dari saya".luah Puan Nurul. 

"Ah,kisah pulak aku...aku dah la ngantuk nak mampus,cepatlah blah.."desus hati.15 minit lagi waktu rehat pagi bermula.Satu kelas gelisah memikirkan apa nak dimakan ek pagi ni.Milo ais dengan Nasi Lemak singgit Makngah dah bermain difikiran.

Aku tercari-cari kat mana dia."Hai, cepatnyalah dia gerak pegi kantin,bukan nak tunggu aku".Perasantan.Aku abaikan sebentar mainan hati.Ya dialah salah sorangnya yang buat aku sering kali tak senang duduk bila berhadapannya.Kononnya jatuh hati.Tapi ego aku memang tak nak kalah...

Selesai sarapan aku berlari-lari anak kembali ke kelas.Mak aihh berpeluh..Sekali tengok cikgu belum lagi sampai.Dengan perasaan hampa,aku mengibas-ngibas kain tudung kerna kepanasan.Aku ajak Farah menemani aku ke tandas. "Farah,jom tandas?" "Jom!" balas Farah.Lantas kami mengatur langkah.

....Zupppppppppppppppp!! Darah berderau naik ke kepala.Jantung berdegup pantas.Mata terbuntang luas melihat kekasih hati dan kekasih gelap,dan semua istilah perasantan yang ada."Alamak!Apa pulak mamat ni buat kat sini,takda tempat lain ke dia nak pergi.Ish mana pulak si Farah ni berak ke apa?"aku dah tak senang duduk.Lantas terus memalingkan muka ke arah bertentangan si dia.

"Wey Mira!!!" Jerit Khairul. "Dah kenapa pulak mamat ni panggil aku,aku ni mana boleh tengok mamat hensem ni kang aku pengsan cemana?" jerit suara hati Mira.Aku gagahkan diri untuk berpaling dan membiarkan riak mukaku penuh tanda tanya. "Hah apasal kau panggil aku,dah tak reti masuk kelas?" "Kau tu buat apa,tercongok depan tandas..nak tolong cuci toilet tu cakap jelah" soalan dibalas soalan.Masing-masing tersengih.

"Aku tunggu Farah ni hah apahal lama sangat tah kat dalam tandas tu." Lantas Khairul bersuara, "Nanti kau tolong bagitau cikgu tau yang aku sakit kaki.Aku kena balik aku tak sempat jumpa cikgu,mak aku dah tunggu kat luar pagar tu aku gerak dulu eh?" Aku mengangguk tanda faham..Ok dia dah balik.Farah keluar dari tandas dan sempat melihat Khairul berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Eh Khairul nak pegi mana dengan beg bagai?"...

Bersambung.....

Kumbang bunga sehaluan.

Sukarnya melafaz kata,
Disimpan dipendam didalam seabadinya,
Tidak diungkap tidak menjadi bahan bicara,
Namun setia menjadi bahan peneman hati.

Berbunyi deruan angin,
Menghapus hari hari sunyi,
Mengimbau kembali memori memori,
Terukir,tersemat dibibir sebuah senyuman.

Makin digali makin dicari makin menghilang,
Mudahnya menjadi peneman masa lalu,
Sukarnya ia terpahat disini selamanya,
Tengiang ngiang nada suka,lara.

Pahatkanlah ia.Usah dibiar pudar.

German Measles.

Some information that I would like to share,

Rubella, also known as German measles, is an infectious disease caused by therubella virus. The virus passes from person-to-person via droplets in the air expelled when infected people cough or sneeze - the virus may also be present in the urine, feces and on the skin. The hallmark symptoms of rubella are an elevated body temperature and a pink rash. 

Although rubella can infect people of all ages, it most commonly affects young children. If a pregnant woman becomes infected with Rubella there is a serious risk of birth defects in the unborn baby. If the pregnant mother is infected within the first 20 weeks of pregnancy the child may be born with congenital rubella syndrome, which consists of a range of serious incurable illnesses. About one-fifth of infected pregnant women will miscarry. 

The name "rubella" comes from the Latin word rubella meaning "little red". As the disease was first described by German doctors in the mid-eighteenth century, it is also known as German measles.

Rubella is usually mild and frequently passes unnoticed. The disease can last from one to three days. Children usually recover faster than adults.

Okay budak budak tempat aku sekarang banyak dah kena benda ni.Kebetulan salah sorang budak bilik aku pun kena.Penuh rashes kt badan dia.So aku pun cuak gak la.Symptoms dia macam aku dah ada..Ok serious benda ni menakutkan.Macam zaman H1n1 dulu.Senang je nak tau kau terjebak ke tak dengan benda ni,first kau demam esoknya kau ruam ruam.

Sekarang satu bilik kena quarantine.Tak boleh pegi mana mana selain tingkat 4 ni.Even makanan pun dorang akan belikan,walaupun servis perkhidmatan sangat lembs..Tolong doakan semua akan okay.Segala jenis ujian Tuhan bagi ni semua ada hikmahnya,dia nak kita dekat dengan dia.

Apapun,jaga diri semua.

Salam Masihi.

Assalamualaikum.

Happy New Year.This will be my first post for this year.
Untuk pertama kalinya aku update blog dekat kamsis.bajets.
Aku dah berjaya melepasi semester satu.sekarang semester dua dan subjek semua makin susah.

Takda benda yg menarik aku nak cerita semua macam biasa.Nak kutuk pun rasa dah tak guna nk mengutuk.Benda dah lepas..and benda tu takkan berubah sampai bila bila.ok roommate aku dia sedang cuba untuk usha apa aku tulis...later.

Poyonya.

Perkembangan paling baru.Wah poyonya.

Sekarang dah 18 aku dah boleh tengok movie.Movie apa apa sahaja yang aku nak! Excited nampaknya.Pernah kena tahan time nak masuk wayang?Pernah pernah?Aku pernah. (Poyo satu)

Saya Nur Husna kini belajar di Politeknik Nilai dalam bidang logistik dan rangkaian bekalan,doakanlah keberjayaan aku. (Poyo dua)

Aku memang tak suka balik poli sebab dia seperti hutan yg tiba tiba ada bandar dan makanan dia sangat limited.kata lainnya sangat sikit.sebab dia baru dan mahal la sial.ops.

Okay di kesempatan ini saya,SAYA??!ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Punya lesen tak punya kereta,punya lesen tak punya keberanian.So wut?


Waktu Dhuha.

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah.

Bila aku sudah tiada.

Cita cita sejak kecil ingin menjadi dewasa.
Bila dewasa takut akan tua.
Tua itu bukan penamat segalanya.

Tetapi perasaan dilupai bila sudah tiada itu sakit.perit.

No longer in my mind.

Untuk pengetahuan,
perasaan yang pernah hadir datang bertandang dalam hati suatu masa dulu telah lenyap dimamah masa.Memang masa punya erti tersuratnya sendiri.Sesuatu yang dulu aku impi,kini tinggal mimpi yang semakin lapuk bercampur baurkan angan angan.Aku tidak lagi punya rasa.Aku tidak lagi punya masa untuk berfikir walau sejenak untuk sesuatu yang sia sia.

Mungkin menunggu itu ada hikmahnya.Ternyata pengalaman bertepuk sebelah tangan itu mengajar kita untuk setia.Setia dengan janji Tuhan yang pada suatu masa ia akan tiba jua.

Repekan

Ignore the untrue.Be the best you can be.No more heart breaking.No more time to think about the unnecessary thing.Think about the future.Try not to remember the old times.Fulfill your dreams.We were born to live our life.

Just forgive and forget.Easy.

Sedikit cukup rasa.

Meh nk cerita sikit pasal result spm.
kena ke wey?macam attention seeker pulak aku ni.

Okay la bagitau sementara tengah ada mood ni.karang dua tahun akan datang baru update lagi pulak kang.

Kesimpulannya Alhamdulillah.....

Bengkek tak kalau aku tulis tergantung ghope itu.Result aku takda la rasa satu perisa je.Dia macam macam ada.Peanut,coklet, dan sebagainya.

Bismillah sikit,

Bm, A-
Bi, A
Sejarah, A-
Agama, A-
Maths, C+
Fizik, C
Add.Math, E(tak kredit ok)
Ict, B
Kimia, D(hai add math awak tak berseorangan)

Kalau sekali baca boleh muntah.4A1B2C1D1E. Amacam cukup hijau tak muntah.

Ha itulah dia.aku pun tak berapa nk banyak komplen sebab aku tau usaha aku takat mana je pun.aku tak suka kira kira.doakan aku dan rakan rakan semua dapat sambung belajar dalam bidang masing masing.Amin :)

Kering.

Hi saya seperti terpaksa gila menaip dengan takda idea nk tulis.



I GOT AN IDEA!



Mungkin esok baru aku dapat ilham untuk bercerita.Mungkin.

I miss everything about you.


I dreamed about you every night.

We've been far apart for so long,but still you are here inside me.Cheering me up.

I miss you friend.


It's been a long time.

Tak cukup dengan gagal add math zaman form5 dulu,ujian komputer pun aku gagal.aku nk ulang pun dah rasa tak semangat.


Copied from somewhere.

Zina hati
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)

Peringatan untuk diri aku sendiri jugak.Mintak dijauhkan perbuatan zina.

Aku nak share.

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.

Whatever it is.

Family isn’t always blood. It’s the people in your life who want you
in theirs. The ones who accept you for who you are. The ones who
would do anything to see you smile, and who love you no matter what.
-Rindsey-

:O

Akhirnya aku tewas.Aku sendiri gelak tengok header aku.Bila sampai waktu rajin aku tukar.(Apa aku buat ni,ni dulu benda bodoh kau buat.rasakan)